VOCKET MAKAN: Resipi Rahsia Pasembur Enak Di Hussain Pasembur King
Kita semua tahu Pulau Pinang adalah syurga makanan yang terkenal dengan juadah Nasi Kandar. Tapi selain Nasi Kandar, Pasembur juga harus anda cuba apabila menjejak kaki ke Pulau Pinang. Dan anda boleh cuba Pasembur yang enak di Hussain Pasembur King!
Category
Food & Drink
Share
Kuahnya yang menggunakan resipi turun-temurun sejak tahun 80-an. Pekat dan lazat. Dimakan bersama 30 lebih jenis makanan yang anda boleh pilih. Ketam, udang dan bermacam lagi.
Anda yang berniat untuk singgah ke Pulau Pinang sempena musim cuti ini, jangan lupa singgah ke Padang Kota Lama dan cuba sendiri keenakan Pasembur ini.