Rendang Daging Hari Raya, Suami bagi 5 Bintang
Hi semua, atas permintaan ramai, kali ni Che Nom akan sediakan menu istimewa ni…sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak berapa hari je lagi. Ada 2 kaedah masak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis, dan kali ni Che Nom sediakan versi tumis, sebab tgk Aunty Aini yang femes dengan rendangnya tu masak dgn Gordon Ramsey rendang daging style yang bertumis dan memang Che Nom suka versi mcm ni.
Category
Share
//Bahasa Melayu
------------------------------------------------
Bahan-bahan kisar halus: 7-8 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 inci halia 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 3 batang serai 15-20 tangkai cili kering sedikit air
Bahan-bahan untuk sangai: 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil biji jintan putih 1 sudu kecil biji jintan manis
Bahan-bahan lain: 2 cawan minyak masak 1 kilo daging lembu 2 cawan santan cair 1 mangkuk santan pekat 1 keeping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu) 2-3 sudu besar kerisik 1-2 helai daun kunyit 2-3 helai daun limau purut gula nisan atau gula melaka secukup rasa garam secukup rasa
** Jumlah santan adalah dari 1 biji kelapa. Jika guna santan kotak, guna yang 500ml. Kalau untuk santan fresh timbang, guna 1 kilo.
//English
----------------------------------------
Fine grind ingredients: 7-8 shallots 5 cloves garlic 3 inches ginger 2 inches fresh turmeric 2 inches galangal 3 lemongrass 15-20 dried red chili some water
Ingredients for dry toast: 1 tbsp coriander seeds 1 tsp cumin seeds 1 tsp fennel seeds
Other ingredients: 2 cups cooking oil 1 kilo of beef 2 cups of liquid/thin coconut milk 1 bowl of thick coconut milk 1 tamarind slice (put only half from 1 big round slice) 2-3 tbsp roasted coconut paste 1-2 sheets of turmeric leaf 2-3 pieces of kaffir lime leaf palm sugar to taste salt to taste
** The amount of coconut milk is from 1 fresh grated coconut. For instant coconut milk, use 500ml. If it's for fresh coconut milk, use 1 kilo in weigh.