PERLIS SUPERFRUITS VALLEY

2021-05-21 16:56:01

Video in Perlis / Perlis

Buah-buahan bernutrisi tinggi sememangnya mempunyai harga yang tinggi dipasaran. Kebiasasaannya produk ini diimport dari luar negara dan telah dirawat atau diawet dengan bahan kimia bagi memastikan kualitinya terjamin sebelum dibeli oleh pengguna.

Menyedari permintaan yang tinggi serta peningkatan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap pemakanan sihat serta bernutrisi tinggi Fig Direct Sendirian Berhad telah membuka ladang "Superfruits Valley" di Chuping, Perlis. Ladang yang dibuka pada 2016 kita dibuka kepada umum untuk melawat, mempelajari serta membeli terus dari ladang buah-buahan yang bernutrisi tinggi ini dengan harga yang sangat berbaloi. Berkeluasan 65 ekar dan menanam buah tin, markisa, lemon, gac dan mullbery ianya menggunakan kaedah pertanian moden dengan mengabungkan teknologi, pertanian dan Internet of Thing.

Tags