Nasi AMBENG Warisan Jawa Johor| Resepi Tok Johor
Jangan melepaskan peluang untuk merasai suasana sebenar kampung masyarakat Jawa di Homestay Kampung Parit Bugis, Muar Johor!
Category
Share
Hubungi: 019 - 742 5357 (Asyikin)
Nasi Ambeng semestinya antara hidangan masyarakat Jawa yang popular dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Malah, lauk pauk yang dihidang juga sangat menyelerakan dan lagi meriah jika dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Hidangan ini juga asalnya merupakan makanan kenduri-kendara untuk masyarakat Jawa dan lauk pauk yang dihidangkan juga berbeza mengikut kesesuaian niat dan majlis.
Tetapi di Homestay Kampung Parit Bugis, Nasi Ambeng menjadi satu hidangan wajib bagi orang kampung di sana untuk menyambut kedatangan pelancong yang menginap di Kampung tersebut. Anda juga berpeluang untuk melihat proses memasak dan makan bersama orang kampung di sana.