Murtabak No 1 WAJIB Cuba Di Pulau Pinang | Resepi Tok
Murtabak Ini Dikatakan Wajib Di Makan Masa Bulan Puasa Oleh Orang Pulau Pinang. Ada betui ka?
Category
Share
Murtabak ialah sebuah hidangan roti berinti yang digoreng
dan kebanyakkannya dijumpai dinegara semenanjung Arab sehingga ke timur-selatan asia seperti negara Arab Saudi, Kuwait, Yemen, Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, dan juga Thailand
Kepelbagaian variasi menu ini bergantung kepada lokasi, geografi kawasan tersebut, jenis bahan mentah dan juga teknik memasak. Ini kerana menu ini telad diolah mengikut selera dan sumber rakyat setempat
Antara nota rasa Murtabak ini yang telah di catat ialah, sebuah menu lempeng telur yang dilipat, rasa yang agak pedas, dengan sedikit sayur-sayuran sebagai inti.
Antara bahan yang selalu digunakan ialah, telur, daun bawang, kucai, bawang besar dan merah, dan juga daging hancur. Murtabak akan dilipat bersama bahan bahan tersebut dan digoreng menggunakan kuali.
Pada minggu ini, Resepi Tok berada ni tempat yang tidak asing lagi buat rakyat penang, iaitu Restoran Hameediyah. Kami berjumpa dengan Ahmad Saree Pakir untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah Murtabak ini.
Menurut beliau, Murtabak sudah berada hampir 60 tahun di Malaysia dan Restoran beliau telah membuat Murtabak selama 7 generasi! Maka tidak hairan lah jika Murtabak mereka sangat lah lain berbanding pembuat murtabak di sekitar mereka.
Tambahan pula, Murtabak di Hameediyah sangat terkenal ketika bulan puasa. Ia menjadi menu pilihan rakyat setempat untuk berbuka dan seolah olah menu tersebut jatuh hukum "wajib" makan ketika berbuka dek kerana keenakkan murtabak tersebut.
Lokasi Hameediyah Nasi Kandar