Kedai NASI KANDAR Tertua di Pulau Pinang, Lebih 100 TAHUN | Resepi Tok
Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India dan makanan ini telah diolah dari masa ke semasa.
Category
Share
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Antara lauk yang dihidang pada awal dulu ialah ikan kari, bendi, telur dan nasi. Lama kelamaan jenis nasi, dan lauk di tambah mengikut citarasa setempat.
Restoran Hameediyah, Pulau Pinang merupakan restoran nasi kandar tertua di Malaysia. Dibuka pada tahun 1907, perniagaan ini telah diwarisi 7 generasi dan masih menjadi pilihan utama warga Pulau Pinang.