Ini Perlis ke New Zealand?
Perlis memang cun, masa masuk satu kawasan tu tercengang-cengang sampat tercarut-carut menzahirkan betapa kejamnya hidup kerana dah umur pakcik-pakcik baru jumpa tempat macam ni ada di Malaysia. Episod kali ini lain tidak kami paparkan tentang kecantikan Perlis lagi. Mula dari Wang Kelian tiba-tiba saya dibawa pula ke sebuah universiti. Laa..untuk apa pulak? Tapi tengok jer lah, Harum Manis yang berbuah sekali setahun, kat sini berbuah 2 bulan sekali. POWER! kemudian ke Padang Besar makan pulut ayam dan memang pekan ni dah jadi lengang sekarang. Barulah kita ke New Zealand of Perlis. Ada satu tempat yang beza cuma panas tapi landscape lagi best dari New Zealand.
Category
Travel & Outdoor