Iklan Merdeka & Hari Malaysia SAJI 2023 | Perajurit Dapur
Dapur adalah ibarat medan untuk bertempur. Sama ada di rumah, gerai kecil atau restoran, rakyat Malaysia kental mempertaruhkan masa, kudrat dan skil yang mereka ada demi menghidangkan air tangan terbaik, yang digaul sebati dari hati. Pengorbanan mereka mungkin tidak begitu terasa, namun mereka inilah sebenarnya yang menjadikan kita kaya dengan kepelbagaian rasa. Merekalah hero yang ada di sekeliling kita, sanggup bergelut menahan bahang membara tanpa berputus asa. Perjuangan mereka ini telah menginspirasikan SAJI untuk memberi penghargaan istimewa sambil meraikan hero-hero masakan kita melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia dengan bertemakan ‘Perajurit Dapur’. Terima kasih kerana berjuang untuk selera rakyat Malaysia dan menggunakan SAJI sebagai rahsia yang melazatkan rasa.