DJI MAVIC MINI - Kampung Agong, Penaga from top view | Kampung Viral | Sarang Burung Viral

Rakaman menggunakan drone mavic mini disekitar Kampung Agong, Bakar Kapor, Penaga

Category

Travel & Outdoor

Share

Kampung Agong kini menjadi tumpuan utama pelancong tempatan mahupun antarabangsa untuk bergambar dengan berlatar belakangkan panorama desa selain pengunjung dapat merasai sendiri suasana kampung tradisi yang dikelilingi sawah padi.

Dimaklumkan nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada Ang Peng Tiam, 84, iaitu 'Agong' kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.

Di kampung itu juga terdapat sarang burung tempua, burung wak wak dan burung helang yang dibuat dari sarang burung asli untuk para pengunjung bergambar dengan sarang burung berkenaan.

Lokasi Kampung Agong, Penaga:
Berhadapan dengan Masjid Jamek Bakar Kapor, Jalan Permatang Bendahari, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Penang