Bagaimana Malaysia Boleh Mencapai Negara Maju
Bagaimana Malaysia Boleh Mencapai Taraf Negara Maju Berpendapatan Tinggi?
Category
Share
Sekarang ini, ekonomi Malaysia terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun 2020, dan dijangka akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih. Negara Malaysia mengalami 3 impak terus dari pandemik iaitu; kesan kepada sektor kesihatan akibat virus, kesan ekonomi dari pelbagai sekatan pergerakan, dan pembangunan yang terbantut akibat kemelesetan ekonomi global. Polisi yang digubal dan digunakan dahulu, mungkin sudah tidak relevan untuk digunapakai pada peringkat seterusnya, jika negara mahu mencapai tahap pendapatan tinggi. Semua cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia, harus diteliti serta pelan rancangan harus sejajar dengan misi dan visi. Malaysia perlu mencontohi negara maju lain, yang mengutamakan ilmu dan produktiviti dalam pembangunan, supaya boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi untuk mencapai kemajuan yang lestari. Dalam video kali ini kita akan melihat akan faktor-faktor dan bagaimana Malaysia boleh mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi.