Astro Raya 2024: Ada Apa Dengan Masa

29/3/2024

Iklan Astro kali ini yang menampilkan lebih 30 bintang-bintang terkemuka, mengisahkan keluarga Tok Zan dan tiga orang anaknya yang sibuk dengan kerjaya dan hanya melawat bapa mereka sekali sekala serta Hari Raya. Suatu hari, 3 beradik ini menerima pesanan suara mencemaskan dari Tok Zan, yang mengatakan “Ayah, tak cukup masa” menyebabkan mereka tergesa-gesa pulang ke kampung dan berdepan pelbagai cabaran melucukan. Sempatkah anak-anak Tok Zan bertemu ayah mereka? Ataupun ada kisah tersembunyi disebalik pesanan suara?