Apa itu Nasi Dalca? Nasi Dalca Khalis Penang (Bahagian 1) | Resepi Tok
Dalam episod pertama siri Resepi Tok, Fendi ke Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk mempelajari proses pembuatan Nasi Dalca. Sebuah hidangan yang datang ke Malaysia melalui proses penghijrahan masyarakat dari India ke Pulau Pinang. Selepas melalui proses asimilasi dan diturunkan beberapa generasi, hidangan berasaskan sayuran ini telah dimeriahkan dengan rencah dan rasa tempatan.
Category
Share
Digabungkan bersama Nasi Minyak, hidangan ini sememangnya dekat di hati rakyat tempatan kerana seakan-akan menyerupai menu rewang majlis perkahwinan di kampung-kampung tempatan. Fendi bertemu dengan pemilik Nasi Dalca & Briyani Khalis, Bayan Lepas, Encik Muhammad Khalis, untuk mengetahui lebih dalam mengenai sejarah restoran ini dan bagaimana nasi dalca menjadi menu terkenal di Pulau Pinang.