Ada Ladang Teh Australia di Selangor? | Ladang Teh Di Sawah Padi Sekinchan

Siapa sangka ada ladang teh Australia di Sekinchan, Selangor! Walaupun kawasan tanah rendah dan cuaca panas, Teh lemon Myrtle, juga dikenali sebagai serai pedas, berasal dari Australia subur sepanjang tahun dan memberikan hasil 15 kali ganda lebih lumayan berbanding padi - hasil tanah seekar boleh raih RM150 ribu setahun!

Category

Community & Culture

Share

Cantik dia, memang sebijik macam ladang teh dekat Cameron Highlands dan plantations dekat Australia!

Aku sempat berborak dengan pengusaha Organic Lemon Myrtle Plantations pasangan suami isteri Siti Habshah Mohamad dan Dahlan Samingan yang berkongsi pahit manis mereka sebagai penanam teh lemon myrtle Australia pertama di Malaysia dan dunia.

Mereka dah usahakan tanaman ni selama 10 tahun, tapi tak sangka pun benda ni berpotensi menjadi tarikan pelancong. Masa PKP, ada beberapa orang ‘ceroboh’ masuk untuk bergambar di ladang ni dan terus viral.

Akhirnya, Habshah dan Dahlan berkeputusan untuk membuka ladang mereka kepada orang ramai.

Sebarang pertanyaan, hubungi Habshah di 017-661 9547 dan Dahlan (016-969 4043)

LIKE SHARE & SUBSCRIBE untuk bantu channel kecil aku ni berkembang, Insyallah aku akan deliver video-video menarik macamni. Jika korang ada kisah menarik yang ingin dikongsikan, emel jalanlihatdengar@gmail.com

Follow Jalan Lihat Dengar di Facebook dan Instagram.