
Seminar Sundang
Venue
Entrance Fee
Category
Event Type
Share
Schedule
Date | Time |
---|---|
21/12/2024 | 9:00 AM - 1:00 PM |

Adakah anda tahu mengapa sundang merupakan raja senjata Melayu?
Anda ingin mengenali sundang dengan terperinci?
Adakah anda tahu mandi minyak merupakan tradisi Melayu yang hebat?
Anda ingin belajar kaedah pembuatan minyak perubatan dan kecantikan tradisi Melayu yang agung?
.
Seminar Sundang ini untuk berkongsi mengenai kajian Ustaz Amin tentang satu-satunya pedang yang mempunyai identiti orang Melayu tanpa berkongsi teknologi dengan bangsa lain. Ini kerana, fenomena kajian mengenai sundang di Malaysia tidaklah begitu banyak.
.
Bicara mandi minyak akan bahas tentang salah satu jati diri dan tradisi melayu yang dahulunya merupakan kehebatan, keagungan dan kebanggaan bagi masyarakat Melayu terdahulu. Ia bukan sahaja digunakan dalam ilmu persilatan tetapi ia juga baik dalam ilmu perubatan dan kecantikan Melayu.
.
Ayuh warga di sekitar Utara meriahkan majlis dengan berbusana melayu dan terus menaikkan kehebatan dan keagungan Bangsa Melayu.
.
Perincian Seminar seperti berikut:
Tarikh : 21 Disember 2024 (Muzium Perak, Taiping)
Masa :
-Seminar Sundang (9 pagi – 1 petang) RM30
Penyertaan Seminar Sundang terhad 50 peserta sahaja.
-Bicara Mandi Minyak (3 petang – 5 petang) RM30
Penyertan Bicara Mandi Minyak terhad 80 peserta
Yuran : Rm30.00 seorang (untuk satu seminar)
.
Penyertaan akan ditutup pada 19 Disember 2024 (Khamis)
Hanya Peserta yang telah membuat pembayaran sehingga 19 Disember 2024 sahaja akan didaftarkan (Seminar Sundang)
.
Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut boleh hubungi nombor tertera
011 1882 7183 (En Hasnan)
Penafian: Muzium Perak, Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat rakan media sosial. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.