SEMINAR PENDIDIKAN FIZIK KEBANGSAAN 2025

One Day, 18/12/2025

Venue

undefined

Entrance Fee

RM80

Category

Family & Education

Event Type

Seminar or Talk

Share

Schedule

DateTime
18/12/20258:00 AM - 5:00 PM
SEMINAR PENDIDIKAN FIZIK KEBANGSAAN 2025

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR PENDIDIKAN FIZIK KEBANGSAAN 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Seminar Pendidikan Fizik Kebangsaan 2025 (SPFK2025) secara dalam talian.

Tarikh akhir penghantaran abstrak: 1 November 2025

Tarikh SPFK2025: 18 Disember 2025

Kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk berkongsi tentang inovasi [teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP), strategi PdP, alat bantu mengajar, alat bantu belajar, pengurusan PdP dan lain-lain], hasil kajian, amalan dan isu dalam seminar tersebut.

Ucapan aluan:

Prof. Dr. Carl Wieman (Pengasas simulasi PhET & pemenang Hadiah Nobel 2001, Profesor Stanford University).

Pengucap utama:

1. Dr. Rusmini Ku Ahmad [Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul Kadri Ayop (Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris)

3. Prof. Madya Dr. Mohd Ali Samsudin (Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malaysia)

Slot bengkel untuk peserta dan pembentang (inovasi & umum) SPFK2025:

1. Kreativiti Saintifik: Ciri dan Strategi oleh Dr. Lilia Ellany Mohtar (Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris)

2. Tips Persediaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) oleh Puan Ummi Atiah Mohamad (Pelajar PhD Pendidikan Fizik, Universiti Pendidikan Sultan Idris)

3. Perkongsian Aplikasi RenewEd3D: Renewable Energy Education in Virtual Reality oleh Encik Syahir Bahiran Hilmi (Jurulatih Utama Fizik Daerah Kinta Utara)

4. Automatic Temperature Control Gay-Lussac Experimen Kit oleh Puan Maryam Jameelah Zainol Abidin (Duta Guru STEM)

Pautan pendaftaran: https://bit.ly/pendaftaranspfk2025

Sila layari laman sesawang kami https://sites.google.com/fsmt.upsi.../spfk2025/laman-utama untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Pelaksana

Seminar Pendidikan Fizik Kebangsaan 2025

Emel: spfk@fsmt.upsi.edu.my