Saya Dah Cukup Simpanan Kecemasan, Apa Seterusnya?

One Day, 10/09/2025

Entrance Fee

Free

Category

Business & Professional

Event Type

Seminar or Talk

Share

Schedule

DateTime
10/09/20258:30 PM - 10:00 PM
Saya Dah Cukup Simpanan Kecemasan, Apa Seterusnya?

About

Memiliki simpanan kecemasan yang mencukupi adalah satu keperluan dalam pengurusan kewangan peribadi. Tetapi selepas matlamat ini tercapai, persoalan seterusnya ialah, ke mana hala tuju kewangan anda? Bagaimana anda boleh memastikan kekayaan yang dibina bukan sahaja berkembang, tetapi juga diurus dan diwariskan dengan cara yang betul?

Adakah anda perlu mula melabur, atau mempertimbangkan instrumen lain seperti takaful untuk perlindungan kewangan? Perancangan ini bukan sahaja membantu melindungi keluarga anda, tetapi juga memastikan kekayaan anda terus memberi manfaat, walaupun selepas anda tiada.

Sertai kami dalam webinar "Saya Dah Cukup Simpanan Kecemasan, Apa Seterusnya?" bersama Encik Suzardi Maulan (a.k.a PakDi), yang akan berkongsi pandangan dan strategi komprehensif tentang bagaimana anda boleh melangkah ke peringkat seterusnya dalam pengurusan kewangan.

Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:

✅ Membincangkan tentang simpanan kecemasan dan fungsi aset cair

✅ Serampang dua mata dengan takaful: Kenapa seseorang itu wajar mengambil perlindungan?

✅ Kepentingan membina tabung persaraan, pendidikan dan haji

✅ Meninggalkan legasi untuk waris dan bukan waris: Pengenalan kepada faraid, wasiat, hibah, dan wakaf

Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan dikendalikan oleh LifeChamp. Webinar ini diadakan dalam Bahasa Melayu.

More details at https://my.bursamalaysia.com.