PEMENTASAN TRALOKAL TEATER GAMELAN: TARI TENUN BERURAI EMAS

Multiday, 29/11/2025 - 30/11/2025

Venue

Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur.

Entrance Fee

RM15

Category

Film, Media & Entertainment

Event Type

Concert or Performance

Share

Schedule

DateTime
29/11/20258:30 PM - 11:30 PM
30/11/20258:30 PM - 11:30 PM
PEMENTASAN TRALOKAL TEATER GAMELAN: TARI TENUN BERURAI EMAS

PEMENTASAN TRALOKAL TEATER GAMELAN: TARI TENUN BERURAI EMAS

🗓️29 dan 30 November 2025 | Sabtu dan Ahad

🎭Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur.

đź•—8.30 Malam

Gamelan mula bertapak di negeri Pahang menerusi perkahwinan Diraja antara Tun Esah (adik Bendahara Tun Ali, Pahang) yang berkahwin dengan Tengku Hussain (anakanda Sultan Mahmud Shah III, Riau-Lingga), tahun 1811. Seni muzik gamelan dan tarian gamelan ini kemudiannya diperkenalkan sebagai Joget Pahang oleh Che Zubedah, isteri Sultan Ahmad Shah. Kemudiannya, gamelan berkembang di Terengganu menerusi perkahwinan antara Tengku Ampuan Mariam (anakanda Che Zubedah dan Sultan Ahmad Shah) dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Terengganu).

Dalam garis masa yang sama, Sultan Ahmad Shah dihimpit gesaan penjajahan British dengan kemasukan J.P Rodger sebagai Residen British yang pertama di bumi Pahang. Antara lagu gamelan berjudul Urai Emas dengan sejarah eksploitasi British terhadap urai emas di negeri Pahang, apakah yang berlaku?

Ayuh, jemput beramai-ramai hadir menonton sejarah perjuangan Melayu dan keindahan muzik gamelan dalam pementasan ini!

Dapatkan tiket di pautan di bawah:

https://forms.gle/anz6GeZWhiowWm6r5