Pelaburan Dividend Lumayan Patuh Shariah dalam Pelaburan i-REIT Bursa Malaysia

One Day, 24/06/2025

Entrance Fee

Free

Category

Business & Professional

Event Type

Seminar or Talk

Share

Schedule

DateTime
24/06/20258:30 PM - 10:00 PM
Pelaburan Dividend Lumayan Patuh Shariah dalam Pelaburan i-REIT Bursa Malaysia

About

Macam mana nak dapatkan pendapatan pasif yang lumayan, tapi tetap nak ikut syariah?

Kalau jawapan anda “Ya!”, webinar ni khas untuk anda.

i-REIT atau Islamic Real Estate Investment Trust adalah satu aset yang sangat menarik untuk kita labur — terutama sekali kalau kita nak pelaburan yang patuh syariah, stabil, dan boleh beri pulangan dividend yang konsisten.

Apa best sangat i-REIT ni?

Bayangkan anda boleh miliki sebahagian daripada hartanah komersial, shopping mall, atau bangunan pejabat — tapi tanpa perlu beli satu bangunan penuh! Dengan i-REIT, anda dapat portion kecil yang halal dan boleh jana duit dari sewa-sewa hartanah tersebut.

Nak tahu cara i-REIT boleh jadi sumber dividend lumayan untuk anda?

Sertai kami dalam webinar "Pelaburan Dividend Lumayan Patuh Shariah dalam Pelaburan i-REIT Bursa Malaysia" di mana kami menjemput En. Farhan Kamalludin untuk berkongsi ilmu dan tips praktikal bagaimana anda boleh mulakan pelaburan i-REIT dengan yakin, serta strategi untuk memaksimumkan pulangan dividend anda secara halal dan selamat.

Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:
✅ Pengenalan kepada i-REIT
✅ Kenapa REIT menarik untuk pelaburan?
✅ Pasaran REIT di Bursa Malaysia
✅ Faktor yang mempengaruhi keuntungan dalam i-REIT
✅ Keuntungan dan risiko pelaburan i-REIT
✅ Strategi pelaburan dalam i-REIT

Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan dikendalikan oleh LifeChamp. Webinar ini diadakan dalam Bahasa Melayu.

Klik disini untuk maklumat lanjut.