
LANTAI TEATER SELANGOR 2025
Venue
Entrance Fee
Category
Event Type
Share
Schedule
Date | Time |
---|---|
27/09/2025 | 2:00 PM - 10:00 PM |
28/09/2025 | 2:00 PM - 10:00 PM |

MARI SERTAI LANTAI TEATER SELANGOR 2025!!!
PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG!!!
JOHAN BAKAL MEMBAWA PULANG RM5,000!!!
📅 Tarikh Pertandingan: 27 & 28 September 2025
🕑 Masa: 2.00 petang – 10.00 malam
📍 Tempat: Performing Arts Theatre, Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Jun 2025
Tarikh Tutup Hantar Skrip: 25 Julai 2025
Syarat-syarat asas:
1. Terbuka kepada kumpulan teater/ NGO seni budaya berdaftar dengan ROS, syarikat seni berdaftar dengan ROC, intitusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan penggiat seni budaya yang bergiat dan berpusat dalam negeri Selangor sahaja.
2. Penyertaan secara berkumpulan dan terhad 20 orang untuk satu (1) kumpulan sahaja. Minima 10 orang satu (1) kumpulan.
3. Setiap ahli kumpulan mestilah Warganegara Malaysia.
4. Pementasan teater adalah berbentuk teater pendek dan durasi pementasan maksima HANYA 15 MINIT untuk setiap kumpulan.
5. Skrip/ naskah teater MESTILAH KARYA BARU dan bukan hasil diciplak atau plagiat.
6. Skrip/ naskah MESTILAH DALAM BAHASA MELAYU dan dipentaskan DALAM BAHASA MELAYU. Salinan skrip perlu diemel atau dihantar kepada penganjur..
7. Pilihan tema karya/ naskah/ teater mestilah mengenai; MALAYSIA MADANI, RASUAH ATAU RUKUN NEGARA.
8. Setiap kumpulan digalakkan mencipta poster digital masing-masing atau kandungan promosi sendiri. Setiap hebahan hendaklah diletakkan tanda pagar #JKKN #JKKNSelangor #LantaiTeaterSelangor #LantaiTeater.
Apa tunggu lagi? Bentuk kumpulan anda sekarang! Cari atau tulis skrip anda! Dapatkan syarat-syarat penyertaan lanjut dan borang penyertaan di QR di atas atau klik pautan ini https://surl.li/kphlgz SEKARANG!!!