
Jom Heboh Fun Run 2025
Venue
Entrance Fee
Category
Event Type
Share
Schedule
| Date | Time |
|---|---|
| 09/11/2025 | 7:30 AM - 11:00 AM |

https://howei.com/event_details/jomhebohfunrun2025
Bersedia untuk sambutan penuh keceriaan, gaya hidup dan hiburan di Karnival Jom Heboh Penang 2025 yang akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 9 November 2025!
Diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Longest Running Outdoor Carnival”, ini menggabungkan hiburan, sukan dan komuniti — menjadikannya pengalaman yang seronok untuk disertai oleh seisi keluarga!
Nantikan pelbagai aktiviti menarik seperti Konsert Jom Heboh yang menampilkan artis-artis popular tanah air, Family Centre untuk aktiviti mesra keluarga, Jom Lokal Jam bagi meraikan bakat tempatan, Love Food Festival & The Lounge yang menggoda selera, serta Studio Jom Heboh dan Studio Tonton Drama Sangat di mana anda boleh bertemu personaliti kegemaran anda secara langsung!
Jangan lepaskan juga acara kemuncak — Jom Heboh Fun Run 5KM!
Jom sertai acara kemuncak Anda berpeluang untuk menjadi antara 3,000 peserta yang akan berlari untuk larian santai penuh dengan warna dan keceriaan! Terbuka untuk semua peringkat umur! Nikmati suasana meriah di sekitar Batu Kawan, ini bukan sekadar larian — tetapi juga adalah simbol semangat, keseronokan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia!
Selain itu, anda juga boleh menikmati jualan hebat daripada jenama-jenama terkemuka, persembahan budaya, serta pelbagai aktiviti yang pasti menceriakan hari anda.
Ayuh, Pulau Pinang! Jom sama-sama memeriahkan suasana, lari bersama rakan dan keluarga, dan cipta memori indah di Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2025.
Jom Heboh, Jom Lari, Jom Seronok!
#KarnivalJomHeboh #JomHebohPenang2025