International Seminar on Forensic Engineering 2025 (ISoF 2025)

Multiday, 24/09/2025 - 25/09/2025

Venue

Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya.

Entrance Fee

RM500.00

Category

Business & Professional

Event Type

Seminar or Talk

Share

Schedule

DateTime
24/09/20259:00 AM - 5:00 PM
25/09/20259:00 AM - 5:00 PM
International Seminar on Forensic Engineering 2025 (ISoF 2025)

International Seminar on Forensic Engineering 2025 (ISoF 2025)

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi

JKR (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan International Seminar on

Forensic Engineering 2025 (ISoF 2025) pada 24 hingga 25 September 2025 bertempat di

Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya.

Program dwitahunan ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Alexander

Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, dan akan membawa tema “Smart Solutions, Sharp

Insights: Navigating Engineering Challenges.”

Objektif Utama Seminar:

1. Menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan forensik dari dalam dan luar

negara;

2. Menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara penyelidik, pemain

industri, ahli akademik serta agensi kerajaan dalam bidang kejuruteraan forensik; dan

3. Mewujudkan jaringan kerjasama strategik melalui seminar dan pameran berkaitan

kejuruteraan forensik.

Sehubungan itu, semua agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, agensi swasta,

perunding, pembekal, kontraktor serta pemain industri yang terlibat dalam bidang

kejuruteraan forensik, sama ada dari dalam atau luar negara, adalah dijemput untuk

menyertai seminar ini.

Selain itu, penyelidik, pensyarah, penuntut institusi pengajian tinggi, pegawai teknikal

kerajaan, syarikat teknologi dan pembekal bahan binaan yang ingin mendapatkan

maklumat terkini berkaitan kejuruteraan forensik juga dialu-alukan untuk hadir.

Sepanjang dua hari seminar ini, pihak penganjur akan menampilkan 10 orang pembentang

yang terdiri daripada pakar-pakar dalam sektor kerajaan, swasta, industri dan institusi

pengajian tinggi. Program ini turut menyasarkan penyertaan 20 syarikat pempamer yang

akan berkongsi kepakaran, pengalaman dan pengetahuan mereka bersama para pengunjung.

Yuran penyertaan bagi International Seminar on Forensic Engineering 2025 (ISoF 2025)

adalah seperti berikut:

▶️Peserta dari Kerajaan/Universiti: RM500.00

▶️ Peserta dari Swasta: RM1,000.00

Tarikh tutup penyertaan: 31 Julai 2025

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, bayaran yuran penyertaan boleh

dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

▶️JomPAY; atau

▶️Pesanan Tempatan (Local Order); atau

▶️Electronic Fund Transfer (EFT)

Bayaran hendaklah dibuat atas nama:

AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MELAKA-T

Nama Bank: Hong Leong Islamic Bank

dan slip bayaran asal diserahkan kepada pihak urus setia seminar pada hari program

berlangsung.

Pihak penganjur dengan sukacitanya menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan

untuk menyertai ISoF 2025 sama ada sebagai peserta atau pempamer. Pendaftaran boleh

dibuat melalui pautan berikut:

▶️Pautan Pendaftaran Peserta: https://forms.gle/ysMmax512cAa87dw9

▶️Pautan Pendaftaran Pempamer: https://forms.gle/PnpwKc1VHQrxJv5m8

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut:

Peserta seminar:

📞06-5512306 (Ir. Nor Azian)

📞06-5512318 (Ir. Norhaida)

📞06-5512215 (Mohd Shukri)

Pempamer:

📞06-5512374 (Sr Ts. Mohd Adza)

Emel:

✉️isof@jkr.gov.my