BANGSA BERLARI Q3
Entrance Fee
Category
Event Type
Share
Schedule
Date | Time |
---|---|
14/05/2025 | 8:00 AM - 11:45 PM |
01/06/2025 | 8:00 AM - 11:45 PM |
SATU BAJU DUA SENYUMAN
Untuk edisi kali ini kami akan berkolaborasi dengan anak anak POS Lemoi, setiap pembelian baju anda kita akan sumbangkan sehelai baju kepada anak anak sekolah rendah di Lemoi. Sasaran untuk sumbangan adalah sebanyak 80 helai sahaja, sekiranya ada lebihan sumbangan akan ditukar kepada bentuk tunai untuk kegunaan persekolahan mereka.
Setiap pembelian X Lemoi (ELECTRICO X Lemoi & DENAI X Lemoi) = 1 untuk anda, 1 untuk mereka. Satu baju akan jadi milik anda. Satu lagi akan dihantar kepada anak-anak SK Lemoi. Sokongan anda bukan sekadar membeli – anda menyumbang semangat, harapan dan rasa bahawa mereka juga sebahagian daripada Bangsa Berlari.
Terima kasih kerana bersama kami dalam usaha kecil tapi bermakna ini.
Corak 1: Bangsa Berlari- ELECTRICO
Masih mengekalkan tradisi asal Bangsa Berlari untuk corak yang minimalis hanya bermain dengan warna supaya nampak menarik dan bergaya didalam kamera. 2 tona warna iaitu dark nude pink dan green electric dipilih sebagai pelengkap bagi edisi kali ini.
Corak 2: Bangsa Berlari- Denai
Kami kembali dengan edisi denai dengan konsep abstrak minimalis, edisi ini diilhamkan oleh salah seorang pelari tempatan Sazani khas untuk semua penggemar dan pelanggan setia Bangsa Berlari. Konsep baju ini akan turut dijadikan baju rasmi anak anak sekolah rendah di Lemoi.