Anjung Warisan Dan Kesenian Islam

Events in Johor / Johor


Galeri Anjung Warisan Dan Kesenian Islam

 

Kehebatan tamadun Islam tidak boleh dinafikan kerana sejarah telah membuktikan memiliki kegemilangan yang panjang bukan sahaja menyinari dunia Islam tetapi menyumbang kepada kebangkitan peradaban dan kemajuan di barat sehingga hari ini.

Banyak artifak dan peninggalan berkaitan sumbangan Islam terhadap dunia masih boleh dilihat sehingga kini dan tidak lain adalah bertitik-tolak daripada peranan dan amanah besar yang dimainkan Rasulullah SAW.

Justeru, penganjuran Anjung Warisan Dan Kesenian Islam di Anjung Neighbourhood Centre, Nusajaya Iskandar Puteri, Johor Bahru amat bertepatan sekali dalam mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat

Galeri anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd.  yang dianjurkan bermula 13 November ini hingga tahun depan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi kehadiran pengunjung selain menjadi platform dapat melihat sendiri artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW seperti Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.

Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, KIswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.

Turut dipamerkan adalah senjata dan kelengkapan perang peninggalan Kerajaan Uthmaniah.

Dalam pameran ini, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat menarik berkaitan semua artifak yang dipamerkan antaranya sirah Rasulullah, peristiwa peperangan dalam sejarah Islam, gerakan penyebaran Islam serta maklumat tentang para sahabat.

Menurut Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan, pembukaan galeri itu adalah satu langkah yang positif dalam memberi pendedahan serta menambah pengetahuan mereka tentang Islam dalam golongan muda termasuk pelajar sekolah.

“Ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik minat pengunjung lebih mengenali sejarah Rasulullah SAW serta Islam menerusi pameran artifak yang sarat dengan info berkaitan. 

“Kami merancang agar pameran ini dapat diteruskan pada masa akan datang di seluruh negara dan lebih banyak artifak dipamerkan,” katanya.

Anuar berharap, peluang menjejakkan kaki ke ruang pameran berkenaan dapat mendekatkan diri dengan baginda serta meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

“Pengunjung pasti merasa teruja dapat melihat sendiri artifak ini di depan mata. Hanya dengan melihat pameran ini dapat meningkatkan rasa cinta dan merasa dekat dengan Rasulullah SAW.

“Malah pengisian pameran berkenaan sedikit- sebanyak menerbitkan rasa rendah diri dan keinsafan dirinya untuk lebih mengenali Islam,” katanya.

 

Info harga seperti dibawah:

0-5 tahun - Free

6-17 tahun - RM10

18-59 tahun - RM20

60 tahun & keatas - RM10

OKU - RM10

Student (IPTA/IPTS) - RM10

 

Date and Time
Fri, Nov 13, 2020
10:00 - 22:00 Malaysia Time


Location
Anjung Neighbourhood Centre
No. 20, Ground Floor,
Anjung Neighbourhood Centre,
Persiaran Ledang Height, East Ledang,
79250 NUSAJAYA
Johor, Malaysia


Category
Other

Event Type
Other

Entrance Fee
RM10-20