Penutupan Jalan Sempena Program Kayuhan "Penang International Paramount Bridge To Bridge Ride 2019"

2019-06-25

News in Penang / Penang

SIDANG MEDIA MENGENAI KAWALAN TRAFIK DAN PENUTUPAN JALAN PROGRAM KAYUHAN "PENANG INTERNATIONAL PARAMOUNT BRIDGE TO BRIDGE RIDE 2019"

Satu Sidang Media Mengenai Kawalan Trafik Dan Penutupan Jalan Program Kayuhan "Penang International Paramount Bridge To Bridge Ride 2019" telah diadakan hari ini (20 Jun 2019) bertempat Eastin Hotel Penang.

Sidang media ini bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan jalan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 30 Jun 2019 (Ahad) bagi memberi ruang kepada penganjuran program Kayuhan "Penang International Paramount Bridge To Bridge Ride 2019".

Pada 30 Jun 2019, Jambatan Pulau Pinang akan ditutup bermula dari jam 6.00 pagi - 8.30 pagi (dari Pulau Pinang menuju ke Butterworth) manakala Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup bermula dari jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari (dari Batu Kawan menuju ke Pulau Pinang).

Oleh itu, orang ramai diminta mengambil perhatian dan merancang perjalanan pada tarikh tersebut. Untuk makluman, seramai 3900 orang peserta akan menyertai acara yang julung-julung kalinya diadakan ini yang melibatkan jarak kayuhan sejauh 66KM.